Saturday, October 29, 2011

Sesungguhnya Allah Bersamamu

Dah lama blog aku ni berhabuk..dek kesibukan masa, aku tiada kesempatan untuk memasukkan entri baru.. Setelah sekian lama, akhirnya ketemu jua idea.. Sepanjang perjalanan ini, tidak dapat tidak, kita pasti akan di uji. Namun, tiap insan tidak sama bentuk ujiannya. kaya tak semestinya tak di uji..miskin juga xsemestinya x di uji..walau siapa pun kita tetap akan tempuhinya. adakalanya kita xsedar pun yang kita sedang di uji Ilahi.. Namun, ingatlah walau perit mana pun ujian tersebut, ingatlah sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu.. Doa merupakan senjata bagi orang-orang beriman.

Semester ni, aku perlu nekad membuat keputusan dalam sesuatu perkara.. setelah ummi ku memberikan jawapan, aku tekad dengan keputusan yang dipilih.. kerana aku yakin dan percaya, seorang ibu sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anaknya.. dan aku yakin itulah yang terbaik untuk diriku.. keputusan akhir yang aku pilih adalah kerana itu adalah impianku selain ku rasakan aku perlu lakukan sesuatu untuk kedua Ummi dan Abah yang sudah banyak berkorban untuk diriku...apa pun yang pasti, jalan yang aku pilih masih banyak onak durinya di hadapan..PadaMu Ya Allah, hamba-Mu ini sandarkan harapan..

Buat seseorang, pahit mana pun kamu di uji, ingatlah sabar itu iman.. Allah sentiasa bersamamu dalam susah mahupun senang. Sabarlah walau pahit bak hempedu.. jika kamu x perolehinya di dunia..jangan khuatir, akan ada untukmu di akhirat kelak..InsyaAllah..